Pages

Sample text

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

About Me

My photo
He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)

Followers

Blogroll

Blog Archive

Blogger templates

Featured Posts

Thursday, November 10, 2011

PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dalam Bangunan

Posted by limvivien | Thursday, November 10, 2011 | Category: |

KEPENTINGAN LANDSKAP DI DALAM PEMBANGUNAN
Perancangan landskap dan penyediaan kawasan lapang adalah merupakan sebahagian dari syarat-syarat penting di dalam sesuatu pembangunan fizikal. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjamin setiap rakyat menikmati kualiti hidup yang selesa dan sejahtera.

Syarat-syarat ini terkandung di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dimana pemaju dikehendaki mematuhi syarat serta langkah-langkah bagi memperelok landskap, memelihara pokok serta menyediakan kawasan lapang sebelum sesuatu kebenaran merancang atau perintah pembangunan boleh diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Seksyen 21, Akta 172 menghendaki pemaju supaya memenuhi aspek landskap apabila mengemukakan cadangan permohonan pembangunan untuk sesuatu kawasan seperti berikut:
i. Langkah-langkah bagi melindungi dan memperelok alam sekitar di kawasan tapak
projek.
ii. Langkah-langkah bagi melindungi topografi semula jadi.
iii. Langkah-langkah bagi memperelok landskap.
iv. Langkah-langkah bagi memelihara dan menanam pokok.
v. Lokasi dan jenis pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter dan tumbuhan lain di
atas kawasan projek pembangunan.
vi. Penyediaan kawasan lapang.

Pihak pemaju juga dikehendaki mengemukakan pelan landskap semasa permohonan kelulusan pelan bangunan. Ianya menjadi syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat kelulusan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC).




Pembangunan landskap yang harmoni dengan kawasan persekitaran semulajadi






Landskap di kawasan perbandaran dapat mengurangkankesan heat island











Landskap kawasan kediaman dapat meningkatkan kualiti kehidupan

Currently have 0 comments:


Leave a Reply