Pages

Sample text

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

About Me

My photo
He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)

Followers

Blogroll

Blog Archive

Blogger templates

Featured Posts

Friday, November 11, 2011

LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman

Posted by limvivien | Friday, November 11, 2011 | Category: |

LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)
FUNGSI PENANAMAN


i. Perlindungan daripada iklim mikro
a. Perlindungan dan teduhan
– silara pokok memberi perlindungan dan teduhan kepada pengguna daripada hujan dan
panas.
b. Merendahkan suhu di kawasan bandar
– penanaman pokok mengurangkan iklim mikro sesebuah bandar.

ii. Perlindungan alam sekitar
a. Mengawal kesan bunyi bising dan asap
– penanaman pokok secara padat akan bertindak sebagai zon penampan daripada bunyi
bising dan asap yang dihasilkan oleh kenderaan dan kawasan industri.
b. Pencemaran habuk
– penanaman pokok akan berfungsi sebagai penyerap dan mengawal habuk daripada
tersebar.
c. Pencemaran udara
– penanaman pokok secara padat akan dapat mengurangkan pencemaran udara secara
meluas.
d. Mengawal hakisan tanah dan tebing sungai
– penanaman di lereng bukit dan tebing sungai boleh menguatkan cerun daripada
hakisan dan runtuhan tanah serta memelihara tebing sungai.
e. Sumber oksigen
– penanaman pokok secara padat merupakan sumber oksigen untuk pernafasan disamping
penyerapan karbon dioksida.

iii. Penanda dan penunjuk arah
a. Bertindak sebagai pemisah sempadan.
b. Penunjuk persimpangan.
c. Penunjuk di kawasan selekoh.
d. Penunjuk arah tuju

iv. Penghadang
a. Mengurangkan silau cahaya matahari
– membantu pengguna jalan raya daripada menerima cahaya terus silauan matahari.
b. Mengawal silauan kenderaan dari arah berlawanan
– penanaman di pembahagi jalan akan mengurangkan silauan kenderaan yang bergerak
dari kedua-dua hala.
c. Menghadang pemandangan yang tidak menarik
– penanaman secara rapat berfungsi sebagai penghadang pemandangan di kawasan
seperti setinggan, kawasan pelupusan sampah dan kubur.

v. Ekologi dan kepelbagaian biologi
Pemeliharaan landskap semulajadi yang baik akan mengekalkan sistem
ekologi dan kepelbagaian biologi yang stabil dan dapat menyediakan
habitat kepada kehidupan liar kecil.
vi. Estetika
Ciri-ciri menarik pada tanaman memberikan kesan estetika kepada pemandangan secara keseluruhan, terutamanya di kawasan bandar.


Tanaman di sepanjang jalan dapat menjelaskan selekoh jalan kepada pemandu


Silara pokok menghalang pancaran matahari secara terus dan memberi teduhan kepada pengguna


Pemuliharaan landskap semulajadi akan mengekalkan sistem ekologi dan memberikan kehidupan kepada Flora dan fauna


Tanaman dapat mengurangkan suhu persekitaran dan memberi keselesaan kepada pengguna


Kepadatan pokok berperanan mengurangkan kesan pencemaran dan mengawal hakisan

Currently have 0 comments:


Leave a Reply