Pages
Sample text
Ads 468x60px
Popular Posts
-
Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan. Keperluan Ruang i. Minimum 15% daripada keseluruha...
-
DEFINISI LANDSKAP Secara Umum Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari Sudut ...
-
Pokok Renek Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama: i. Pokok renek berbatang keras mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras sep...
-
LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE ) FUNGSI PENANAMAN i. Perlindungan daripada iklim mikro a. Perlindungan dan teduhan – silara pokok memberi pe...
-
Prinsip Pembentukan Penumpuan Prinsip penumpuan memastikan pemerhatian tertumpu kepada titik tumpuan ( focal point ) sebelum beralih ke baha...
-
PRINSIP PENANAMAN DALAM LANDSKAP Prinsip penanaman memberikan panduan untuk menghasilkan rekabentuk penanaman yang bersesuaian dengan fungsi...
-
Pengenalan Konsep Minimalis Bersih. Dramatik. Rupa rapi dan kemas. Merupakan reka bentuk landskap yang moden dan kelihatan menarik serta ber...
-
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, meng...
-
CIRI FIZIKAL TANAMAN Untuk menghasilkan reka bentuk landskap yang baik, pengetahuan terhadap ciri fizikal tanaman adalah penting untuk memas...
-
KEPENTINGAN LANDSKAP DI DALAM PEMBANGUNAN Perancangan landskap dan penyediaan kawasan lapang adalah merupakan sebahagian dari syarat-syarat ...
About Me
- limvivien
- He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)
Followers
Blogroll
Blog Archive
-
▼
2011
(36)
-
▼
November
(36)
- Make Ideals with Sketchup
- Tadao Ando (安藤 忠雄 Andō Tadao?, dilahirkan pada har...
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS (ROOF & FLOOR DESIGN)
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perku...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Lalua...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meleta...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindu...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemuda...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Tanaman Di Kaw...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Tepi ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCAGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jarak Penanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jenis Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Saiz
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Pembentukan Penumpuan
- PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dala...
- PENGENALAN LANDSKAP - Definisi dan Komponen Landskap
-
▼
November
(36)
Blogger templates
Featured Posts
Friday, November 18, 2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perkuburan
Secara umum, rekabentuk landskap kawasan perkuburan adalah berdasarkan jenis kawasan perkuburan dan kepercayaan yang dianuti, selain status guna tanah di kawasan sekitar.
Garis panduan penanaman ini sesuai untuk semua jenis kawasan perkuburan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti visual. Garis panduan ini lebih berkesan jika diaplikasikan di kawasan perkuburan baru yang dirancang secara tersusun.
Keperluan Ruang
Ruang asas kawasan perkuburan adalah seperti berikut:
i. Ruang meletak kereta
Keperluan ruang merujuk kepada garis panduan kawasan meletak kereta.
ii. Ruang kawasan perhimpunan / menunggu
Kawasan penanaman minimum 2m lebar perlu disediakan di sekeliling kawasan. Struktur asas lainseperti tempat duduk, wakaf dan bangunan perkhidmatan perlu disediakan di kawasan ini.
iii. Ruang pejalan kaki
Ruang penanaman minimum 1.5m lebar perlu disediakan di sepanjang laluan pejalan kaki yang berukuran 2m lebar.
iv. Kawasan tanah perkuburan/lot kubur
Keperluan ruang adalah berdasarkan kepercayaan agama. Adalah disyorkan supaya disediakan ruang penanaman untuk tujuan estetika.
v. Sempadan kawasan perkuburan.
Minimum 3m lebar disediakan sebagai zon penampan. Keperluan ruang landskap di kawasan perkuburan
Keperluan ruang landskap di kawasan perkuburan
Kaedah penanaman kawasan perkuburan
Jenis Tanaman
Secara am (kecuali yang bercanggah dengan kepercayaan keagamaan), kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:
i. Ruang di kawasan perkuburan:
a. Kawasan perhimpunan / menunggu
- pokok utama yang berbunga dan berbau harum, silara rendang, batang tidak berduri, dahan tidak mudah patah dan berakar tunjang.
- penanaman pokok buah-buahan tidak digalakkan.
- penanaman pokok renek berbunga di kawasan sekitar.
b. Laluan pejalan kaki
- Pokok utama berakar tunjang dan tidak mempunyai akar menjalar, tidak berduri atau
beracun, dahan tidak mudah patah dan berfungsi sebagai peneduh.
c. Kawasan kubur
- Pokok renek berbunga atau daun berwarna adalah digalakkan.
Ketinggian pokok renek tidak melebihi 1.5m.
d. Sempadan kawasan kubur
- Pokok renek berdaun padat dan rimbun.
ii. Spesis tanaman yang tidak meluruhkan daun dengan banyak, berbatang lurus dan mudah diselenggarakan.
iii. Spesis tanaman yang mempunyai nilai kepercayaan kepada setiap masyarakat.
Jarak Penanaman
Jarak tanaman adalah berdasarkan fungsi penanaman di kawasan berikut:
i. Ruang meletak kenderaan
Rujuk kepada garis panduan Kawasan Meletak Kereta
ii. Ruang kawasan perhimpunan/menunggu
Jarak tanaman mengikut jenis pokok tetapi jarak minimum yang dibenarkan adalah 5m.
iii. Ruang pejalan kaki
Jarak yang sama tetapi tidak setentang.
iv. Sempadan kawasan kubur
Jarak tanaman rapat untuk tujuan pengadang pemandangan.
Cadangan Tanaman
Tanaman yang di kawasan perkuburan adalah:
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama
Andira surinamensis Kedondong hutan
Cananga odorata Kenanga
Filicium decipiens Kiara Payung
Gardenia carinata Cempaka hutan
Michelia champaca Cempaka
Mimusops elengi Tanjung
Plumeria obtusa Kemboja putih
Plumeria acuminata Kemboja kuning
Plumeria rubra Kemboja merah
Polyalthia longifolia Asoka
Pokok Renek
Adenium spp Adenium
Brunfelsia calycina Yesterday,today,tomorrow
Baphia nitida Baphia
Cordyline terminalis Jejuang
Codieum spp Puding
Coleus spp Ati-ati
Dracaena fragrans Dracaena
Gardenia jasminoides Bunga cina
Hymenocallis speciosa Spider lily
Hibiscus spp Bunga raya
Ixora Sunkist Siantan
Ixora coccinea Siantan
Jasminum sambac Melor
Murraya paniculata Kemuning
Tabernaemontana coronaria Susun kelapa
Turnera ulmifolia Turnera
Plumeria obtusa
Ixora spp.
Murraya paniculata
Penanaman pokok utama yang berbunga, berbau harum dan bersilara rendang
digalakkan di kawasan laluan utama dan tumpuan pemandangan
Secara prinsipnya penanaman di kawasan perkuburan adalah ringkas dan menggunakan tanaman yang mempunyai nilai keagamaan dan kepercayaan sesuatu bangsa.
Currently have 0 comments: