Pages

Sample text

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

About Me

My photo
He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)

Followers

Blogroll

Blog Archive

Blogger templates

Featured Posts

Friday, November 18, 2011

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemudahan Asas

Posted by limvivien | Friday, November 18, 2011 | Category: |

Kawasan Kemudahan Asas
Kawasan kemudahan asas yang dinyatakan dalam garis panduan ini merujuk kepada stesen pencawang elektrik, tangki air/rumah pam, kolam oksidasi dan tempat pembuangan/ pelupusan sampah. Reka bentuk landskap di kawasan kemudahan asas bertujuan untuk meningkatkan nilai kualiti visual, penghadang pemandangan yang tidak menarik dan meningkatkan kualiti alam.

Keperluan Ruang
i. Stesen pencawang elektrik dan rumah pam – minimum rizab seluas 6m lebar di sempadan kawasan untuk tujuan penghalang pemandangan.

ii. Kolam oksidasi dan tempat pembuangan/pelupusan sampah – minimum rizab seluas 6m lebar dengan penambakan tanah sebagai bukit kecil.

iii. Minimum 1.5m lebar kawasan landskap perlu disediakan di kawasan pintu masuk dan jalan masuk utama.

Jenis Tanaman
Secara umumnya pokok utama hendaklah diberi keutamaan untuk mendapat kesan teduhan yang ketara dan penanaman palma hanya digalakkan di ruang tanaman yang sempit.

Kriteria tanaman adalah seperti berikut:
i. Pokok utama yang berakar tunjang, tidak merebak dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini untuk mengelakkan masalah kerosakan saluran air, terutamanya di kawasan rumah pam.

ii. Tanaman yang mudah terbakar seperti Acacia mangium (Silver acacia) tidak dibenarkan terutamanya di kawasan pencawang elektrik.Penanaman secaran padat berperanan untuk menghalang pandangan yang kurang menarik.

iii. Untuk tujuan penghadang pemandangan, pemilihan pokok renek adalah dari jenis berdaun rimbun dan padat. Kepelbagaian komposisi tanaman daripada pelbagai spesis adalah disyorkan sebagai tanaman penampan.

iv. Penanaman pelbagai jenis tanaman berbunga adalah digalakkan di kawasan pintu masuk utama.

v. Keutamaan pemilihan penanaman adalah dari jenis tanaman yang memerlukan penyelenggaraan yang minimum.

Jarak Penanaman
i. Pokok utama – minimum 5m jarak penanaman di antara pokok. Penanaman secara bebas adalah disyorkan untuk menghasilkan kesan semula jadi.

ii. Pokok renek perlu ditanam secara rapat untuk menghasilkan kesan pagaran dan berfungsi sebagai menghadang pemandangan.

Cadangan Tanaman
Berikut adalah cadangan tanaman yang disyorkan bagi penanaman dikawasan kemudahan asas:


NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN

Pokok Utama
Cassia siamea Cassia
Cinnamomum iners Kayu manis/Medang teja
Eugenia grandis Jambu laut
Swietenia macrophylla Mahagony
Pithecellobium dulce Duri madras
Podocarpus rumphii Cylon iron wood
Polyathia longifolia Asoka
Peltophorum pterocarpum Batai laut

Palma
Chrysalidocarpus lutescens Pinang kuning
Ptyhcosperma macarthurii Palma Mc Arthur’s
Rhapis excelsa Palma lady
Rhapis humilis Palma slender lady

Pokok Renek
Baphia nitida Baphia
Cassia biflora Bushy cassia
Calliandra surinamensis Misai kucing
Dracaena fragrans Draceana
Ixora app Siantan
Pisonia alba Mengkudu siam
Mussaenda erythrophylla „Donna Luz‟ Janda kaya
Tabernaemontana coronaria Susun kelapa


Penanaman secaran padat berperanan untuk menghalang pandangan yang kurang menarik.


Swietenia macrophylla


Pithecellobium dulce

Currently have 0 comments:


Leave a Reply