Pages
Sample text
Ads 468x60px
Popular Posts
-
Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan. Keperluan Ruang i. Minimum 15% daripada keseluruha...
-
DEFINISI LANDSKAP Secara Umum Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari Sudut ...
-
Pokok Renek Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama: i. Pokok renek berbatang keras mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras sep...
-
LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE ) FUNGSI PENANAMAN i. Perlindungan daripada iklim mikro a. Perlindungan dan teduhan – silara pokok memberi pe...
-
Prinsip Pembentukan Penumpuan Prinsip penumpuan memastikan pemerhatian tertumpu kepada titik tumpuan ( focal point ) sebelum beralih ke baha...
-
PRINSIP PENANAMAN DALAM LANDSKAP Prinsip penanaman memberikan panduan untuk menghasilkan rekabentuk penanaman yang bersesuaian dengan fungsi...
-
Pengenalan Konsep Minimalis Bersih. Dramatik. Rupa rapi dan kemas. Merupakan reka bentuk landskap yang moden dan kelihatan menarik serta ber...
-
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, meng...
-
CIRI FIZIKAL TANAMAN Untuk menghasilkan reka bentuk landskap yang baik, pengetahuan terhadap ciri fizikal tanaman adalah penting untuk memas...
-
KEPENTINGAN LANDSKAP DI DALAM PEMBANGUNAN Perancangan landskap dan penyediaan kawasan lapang adalah merupakan sebahagian dari syarat-syarat ...
About Me
- limvivien
- He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)
Followers
Blogroll
Blog Archive
-
▼
2011
(36)
-
▼
November
(36)
- Make Ideals with Sketchup
- Tadao Ando (安藤 忠雄 Andō Tadao?, dilahirkan pada har...
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS (ROOF & FLOOR DESIGN)
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perku...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Lalua...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meleta...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindu...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemuda...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Tanaman Di Kaw...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Tepi ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCAGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jarak Penanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jenis Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Saiz
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Pembentukan Penumpuan
- PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dala...
- PENGENALAN LANDSKAP - Definisi dan Komponen Landskap
-
▼
November
(36)
Blogger templates
Featured Posts
Friday, November 18, 2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindustrian
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, menghadang pemandangan yang tidak menarik, merendahkan suhu dan mengindahkan kawasan.
Keperluan Ruang
i. Keperluan ruang untuk zon penampan adalah berdasarkan kepada piawaian Jabatan Alam Sekitar, iaitu:
ii. 30% daripada keseluruhan kawasan kilang (termasuk kawasan tempat letak kereta) perlu dirizabkan sebagai kawasan landskap.
iii. Ruang penanaman perlu disediakan di kawasan pintu masuk utama, tempat letak kereta, sekitar pejabat atau kilang serta kawasan lapang di antara bangunan yang di
landskap sebagai taman kecil untuk kawasan rehat pekerja.
iv. Pembentukan bukit kecil (earth mount) di kawasan zon penampan adalah digalakkan untuk menghasilkan kesan halangan pemandangan yang baik, selain daripada
penggunaan komposisi penanaman.
v. Komponen landskap kejur seperti papan tanda, laluan pejalan kaki dan perabot jalan perlu disediakan di keseluruhan kawasan kilang.
Penanaman berkonsepkan ringkas serta menekankan faktor keselamatan di kawasan industri.
Jenis Industri Keperluan Kelebaran Rizab
Industri Zon Khas 1500 - 3000m
Industri Kategori Am jenis A dan B 500 - 1000m
Industri Ringan 200 - 500m
Industri Kecil dan Sederhana 50 - 100m
Industri Perkhidmatan 50 - 100m
Jenis Tanaman
Penggunaan pokok utama hendaklah diberi keutamaan bagi mendapat kesan yang lebih ketara dalam meningkatkan kualiti alam sekitar dari aspek pengawalan pencemaran udara, bunyi dan merendahkan suhu kawasan persekitaran. Tanaman palma digalakkan ditanam secara berkelompok (cluster) bagi mendapat kesan teduhan yang ketara.
Kriteria pemilihan tanaman adalah seperti berikut:
i. Kawasan zon penampan – dua jenis tanaman iaitu pokok utama (mempunyai akar tunjang dan berdaun rapat) dan pokok renek (mempunyai tekstur daun yang padat dan rimbun serta mempunyai kadar tumbesaran yang cepat)
ii. Kawasan pintu masuk utama – tanaman jenis berbunga dan kepelbagaian dalam komposisi tanaman dan rupa bentuk tanaman yang dapat menonjolkan identiti kawasan adalah disyorkan. Jenis tanaman yang dicadangkan juga perlu mengambil kira keseimbangan dan skala bangunan.
iii. Kawasan sekitar bangunan – pokok utama yang dapat memberikan teduhan dan pelbagai jenis pokok renek berbunga.
iv. Kawasan sekitar bangunan yang menghadap jalan raya – disyorkan tanaman dari spesis yang sama untuk menghasilkan kesan keseragaman dan penunjuk arah.
v. Tanaman yang tahan pencemaran dan habuk.
vi. Jenis tanaman yang memerlukan penyelenggaraan yang sederhana.
vii. Kepelbagaian dalam spesis tanaman di kawasan penampan adalah digalakkan.
Jarak Penanaman
i. Jarak tanaman adalah bergantung kepada fungsi atau kesan yang diperlukan daripada penanaman tersebut. Jika tanaman adalah bertujuan sebagai pengadang pemandangan – tanaman perlu ditanam secara rapat.
ii. Jarak tanaman pokok utama di sepanjang laluan adalah sekata.
iii. Jarak tanaman secara bebas disyorkan untuk menghasilkan keadaan persekitaran semula jadi di kawasan lapang.
Keperluan ruang kawasan zon penampan mengkut jenis kawasan perindustrian
Currently have 0 comments: