Pages
Sample text
Ads 468x60px
Popular Posts
-
Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan. Keperluan Ruang i. Minimum 15% daripada keseluruha...
-
DEFINISI LANDSKAP Secara Umum Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari Sudut ...
-
Pokok Renek Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama: i. Pokok renek berbatang keras mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras sep...
-
LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE ) FUNGSI PENANAMAN i. Perlindungan daripada iklim mikro a. Perlindungan dan teduhan – silara pokok memberi pe...
-
Prinsip Pembentukan Penumpuan Prinsip penumpuan memastikan pemerhatian tertumpu kepada titik tumpuan ( focal point ) sebelum beralih ke baha...
-
PRINSIP PENANAMAN DALAM LANDSKAP Prinsip penanaman memberikan panduan untuk menghasilkan rekabentuk penanaman yang bersesuaian dengan fungsi...
-
Pengenalan Konsep Minimalis Bersih. Dramatik. Rupa rapi dan kemas. Merupakan reka bentuk landskap yang moden dan kelihatan menarik serta ber...
-
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, meng...
-
CIRI FIZIKAL TANAMAN Untuk menghasilkan reka bentuk landskap yang baik, pengetahuan terhadap ciri fizikal tanaman adalah penting untuk memas...
-
KEPENTINGAN LANDSKAP DI DALAM PEMBANGUNAN Perancangan landskap dan penyediaan kawasan lapang adalah merupakan sebahagian dari syarat-syarat ...
About Me
- limvivien
- He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)
Followers
Blogroll
Blog Archive
-
▼
2011
(36)
-
▼
November
(36)
- Make Ideals with Sketchup
- Tadao Ando (安藤 忠雄 Andō Tadao?, dilahirkan pada har...
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS (ROOF & FLOOR DESIGN)
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perku...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Lalua...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meleta...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindu...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemuda...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Tanaman Di Kaw...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Tepi ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCAGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jarak Penanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jenis Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Saiz
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Pembentukan Penumpuan
- PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dala...
- PENGENALAN LANDSKAP - Definisi dan Komponen Landskap
-
▼
November
(36)
Blogger templates
Featured Posts
Friday, November 18, 2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar Kaki/ Lorong Basikal
Fungsi penanaman adalah untuk teduhan, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Keperluan Ruang
i. Minimum 3m lebar ruang perlu disediakan sebagai kawasan siar kaki dan lorong basikal iaitu 1.5m lebar untuk kawasan siar kaki dan 1.5m untuk kawasan lorong
basikal. Kedua-dua laluan ini perlu dibezakan dengan perbezaan kemasan permukaan atau warna. Untuk kawasan persimpangan, perlu dibina dengan kemasan bahan dan corak yang berbeza untuk menonjolkan kawasan persimpangan tersebut.
ii. Minimum 1.5m ruang penanaman disediakan di sepanjang siar kaki/lorong basikal. Untuk kawasan berturap, disyorkan penggunaan ‗treegrating‘ bersaiz minimum 1.5m x 1.5m sebagai ruang penanaman.
iii. Ruang tanaman pagaran (hedges) perlu disediakan di antara kawasan siar kaki dengan jalan utama.
Jenis Tanaman
Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:
i. Satu jenis pokok utama untuk sepanjang laluan siar kaki/lorong basikal. Pokok dari jenis berakar tunjang, sederhana besar, berbatang lurus dan tegak, silara rendang dan berbunga.
ii. Pokok renek berdaun padat dan rimbun perlu ditanam di bahagian bawah pokok utama, untuk meminimumkan kesan silauan kenderaan, mengurangkan bunyi bising dan habuk.
Gabungan ruang penanaman dan ‗earth-mound‘ sebagai Pemisah di antara jalan utama dan lorong basikal.
Penanaman pokok renek sebagai tanaman ‗pagar‘ sesuai ditanam
di sepanjang laluan siar kaki.
2m 2m
Gabungan ruang penanaman dan ‗earth-mound‘ sebagai pemisah di antara jalan utama dan lorong basikal.
Jarak Penanaman
a. Kawasan penanaman perlu disediakan selari dengan jajaran kawasan siar kaki dan lorong basikal.
b. Penanaman sama jarak, minimum 1m dari tepi kawasan siar kaki/lorong basikal.
c. Lokasi kotak tanaman dan ‗tree-grating‘ mestilah mengambil kira kesesuaian jarak tanaman dan reka bentuk keseluruhan.
Cadangan Tanaman
Tanaman yang dicadangkan untuk kawasan siar kaki dan lorong basikal adalah:
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama
Cananga odorata Kenanga
Cinnamomum iners Kayu manis
Dalbergia oliveri Tamalan
Eugenia grandis Jambu laut
Filicium decipiens Kiara payung
Gardenia carinata Cempaka hutan
Hopea odorata Merawan siput jantan
Jacaranda fillicifolia Jacaranda
Lagerstroemia rosea Bungor
Michelia champaca Cempaka
Michelia alba Cempaka putih
Mimusops elengi Tanjung
Milletia autropurpurea Tulang daing
Melia indica Mambu
Podocarpus rumphii Jati laut
Plumeria rubra Kemboja merah
Phelthophorum pterocarpum Batai laut
Pokok Renek
Acalypha spp Acalypha
Eugenia orellana Kelat paya
Ficus gold Ara kuning
Heliconia spp Heliconia
Hibiscus rosa-sinensis Bunga raya
Hymenocallis littoralis Spider lily
Ixora spp Siantan
Mussaenda spp Janda kaya
Pisonia alba Mengkudu siam
Plumbago capensis Blue diamond
Tabernaemontana coronaria Susun kelapa
Turnera ulmifolia Turnera
Cananga odorata
Michelia champaca
Penanaman satu spesis pokok utama di sepanjang laluan dan pokok renek berdaun rimbun dan padat di ruang tanaman yang mengasingkan laluan utama.
Currently have 0 comments: