Pages

Sample text

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

About Me

My photo
He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)

Followers

Blogroll

Blog Archive

Blogger templates

Featured Posts

Monday, November 14, 2011

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP

Posted by limvivien | Monday, November 14, 2011 | Category: |

Garis panduan ini bertujuan untuk dijadikan asas di dalam perancangan rekabentuk landskap lembut.
Secara umumnya pendekatan pembangunan landskap yang dilaksanakan dapat memberi impak terhadap peningkatan kualiti alam persekitaran. Penggunaan elemen landskap lembut serta penggunaan ruang yang cekap akan dapat menangani isu-isu alam sekitar seperti peningkatan suhu di kawasan perbandaran, banjir kilat dan tanah runtuh.
Untuk menghasilkan rekabentuk landskap yang berkesan, terbaik dan berkualiti, aspek perancangan landskap kejur dan kesesuaian kawasan persekitaran perlu diambil kira agar saling berharmoni dan seimbang. Ini adalah untuk memastikan perancangan landskap yang berkualiti dapat dihasilkan.

KAWASAN TANAH LAPANG DAN TAMAN REKREASI
Merujuk kepada piawaian perancangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa(JPBD), definisi tanah lapang adalah tanah yang dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam. Tanah lapang dan rekreasi adalah berkaitan. Ini kerana rekreasi merupakan aktiviti yang dijalankan di atas mana-mana tanah lapang dan digunakan untuk beriadah. Berdasarkan garis panduan JPBD, kawasan tanah lapang dan taman rekreasi dibahagikan kepada kawasan berikut:

i. Lot Permainan (keluasan minima 0.2 hektar)
ii. Padang Permainan (keluasan minima 0.6 hektar)
iii. Padang Kejiranan (keluasan minima 2 hektar)
iv. Taman Tempatan (keluasan minima 8 hektar)
v. Taman Bandaran (keluasan minima 40 hektar)
vi. Taman Wilayah (keluasan minima 100 hektar)
vii. Taman Nasional (tiada had)

Keperluan Ruang
i. Keperluan ruang kawasan rekreasi adalah berdasarkan nisbah penduduk dengan kawasan
pembangunan sebagaimana piawaian kawasan lapang yang telah disediakan oleh JPBD. Secara asasnya 10% daripada keseluruhan pembangunan bagi kawasan perumahan, perdagangan, perindustrian, kawasan bercampur, pelancongan dan kawasan institusi perlu dirizabkan sebagai kawasan tanah lapang dan taman rekreasi.

ii. Merujuk kepada piawaian JPBD keperluan pembahagian ruang landskap untuk semua kategori kawasan lapang dan kawasan rekreasi adalah 60% landskap lembut dan 40% untuk ‗plinth area‘.

iii. Penyediaan landskap lembut/kawasan hijau untuk semua kategori kawasan lapang dan kawasan taman rekreasi mestilah tidak kurang daripada 60% daripada keseluruhan kawasan.

iv. Namun begitu, berdasar kepada kesesuaian dan keperluan pengguna yang berbeza untuk kawasan lapang dan taman rekreasi yang terletak di kawasan perbandaran, keperluan ruang landskap yang disyorkan adalah tidak kurang daripada 40% landskap lembut.

v. Pembahagian dan fungsi penggunaan ruang landskap adalah bergantung pada jenis tanah lapang dan kawasan rekreasi (rujuk piawaian perancangan JPBD – Kawasan Tanah Lapang dan Taman Rekreasi).




Jenis Penanaman
Pemilihan jenis tanaman adalah bergantung kepada kesesuaian dan fungsi ruang tanaman. Secara umumnya, pokok utama hendaklah diberi keutamaan dalam penggunaan elemen landskap lembut kerana ianya akan memberi kesan teduhan yang lebih ketara dalam meningkatkan kualiti alam sekitar.
Tanaman palma berbatang tunggal digalakkan ditanam secara berkelompok (cluster) bagi mendapat kesan teduhan yang ketara. Kombinasi pelbagai jenis tanaman dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan berfungsi, selain daripada tujuan estetika.
Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:

i. Pokok utama yang mempunyai silara yang rendang dan berbunga ditanam di kawasan pengunjung berkumpul (focal point) untuk memberikan teduhan dan menonjolkan keindahan.

ii. Jenis pokok berbatang lurus dengan percabangan melebihi 3.0m dari paras tanah.

iii. Pokok utama berbunga di kawasan pintu masuk utama.

iv. Jenis tanaman dari spesis tidak beracun, berduri dan berdahan rapuh.

v. Penanaman tanaman nadir dan unik (rare species) adalah digalakkan untuk tujuan pemeliharaan, pendidikan dan penyelidikan.

vi. Digalakkan penanaman tanaman yang dapat menarik hidupan liar kecil seperti burung, tupai dan rama-rama.

vii. Keutamaan pemilihan tanaman dari jenis tanaman yang mudah diselenggarakan.


Jarak Penanaman

i. Jarak tanaman adalah bergantung kepada reka bentuk landskap taman, jenis tanaman dan fungsipenanaman. Digalakkan penanaman secara bebas untuk mewujudkan keadaan semula jadi.

ii. Secara umum, jarak tanaman hendaklah memudahkan kerja penyelenggaraan dijalankan.



Cadangan Tanaman
Berikut adalah senarai cadangan tanaman untuk kawasan rekreasi:

Pokok Utama
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN

Bauhinia purpurea Tapak kuda / Orchid tree
Calophyllum inophyllum Penaga laut
Cassia fistula Rajah kayu
Cassia spectabilis Cassia
Cinnamomum iners Kayu manis / Medang Teja
Cananga odorata Kenanga
Cratoxylum formosum Pink mempat
Delonix regia Semarak api
Dyera costulata Jelutung
Erythrina spp. Dedap
Fagraea fragrans Tembusu
Ficus benjamina Ara/beringin
Filicium decipiens Kiara payung
Hopea odorata Merawan siput jantan
Khaya Senegalensis khaya
Kopsia flavida Penang sloe
Mesua ferrea Penaga lilin
Michelia champaca Cempaka kuning
Mimusops elengi Tanjung
Melaleuca leucadendron Gelam
Peltophorum pterocarpum Batai/Jemeriang laut, Yellow flame
Plumeria spp. Kemboja
Pteleocarpa lamponga Tembusu tikus
Saraca thaipingensis Seraca
Samanea saman Hujan-hujan
Spathodea campanulata Pancut-pancut
Tabebuia pentaphylla Tekoma
Lagerstroemia spp Bungor
Jacaranda filicifolia Jacaranda
Xanthostemon chrysanthus Golden penda


Licuala grandis


Livistonia chinensis


Spathodea campanulata


Khaya senegalensis


Palma

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Archontophoenix alexandrae Palma majestic
Areca catechu Pinang makan
Bismarckia nobilis Bismakia
Borassus flabellifer Lontar
Caryota mitis Palma fish tail
Cocos nucifera Kelapa
Crytostachys lakka Pinang merah
Chrysalidocarpus lutescens Pinang kuning
Dictyosperma album Palma princess
Elaeis guineensis Kelapa sawit
Livistona chinensis Serdang cina
Livistona rotundifolia Serdang
Licuala grandis Palma kipas
Neodypsis decaryii Palma triangular
Ptychosperma macarthurii Palma mac Arthur
Ravenala madagascariensis Palma traveller’s
Roystonea regia Palma raja
Veitchia merrillii Palma manila
Wodyetia bifurcate Palma foxtail

Renek

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Bougainvillea spp. Bunga kertas
Caesalpinia pulcherrima Bunga merak
Calliandra spp Powder puff
Cassia biflora Kasia rimbun
Duranta plumeria Golden dew drop
Gardenia jasminoides Bunga cina
Hibiscus spp. Bunga raya
Heliconia spp Heliconia
Hymenocallis littoralis Spider lily
Ixora spp Siantan
Ficus gold Ara kuning
Pisonia chinensis Mengkudu siam

Currently have 0 comments:


Leave a Reply