Pages

Sample text

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

About Me

My photo
He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)

Followers

Blogroll

Blog Archive

Blogger templates

Featured Posts

Friday, November 18, 2011

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meletak Kereta

Posted by limvivien | Friday, November 18, 2011 | Category: |

Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan.

Keperluan Ruang

i. Minimum 15% daripada keseluruhan kawasan diperuntukkan sebagai kawasan hijau untuk tujuan landskap.

ii. Minimum 1.5m lebar perlu disediakan sebagai ruang penanaman di pembahagi lot kereta. Penyediaan ruang tanaman rumput (grasscrete) untuk tujuan pengudaraan akar pokok adalah digalakkan.

iii. Kawasan di hadapan lot kedai – ruang penanaman 1.5m x 2.5m perlu disediakan di antara lot tempat kereta dan setentang dengan lot kedai.

iv. Untuk tempat letak kereta di kawasan perbandaran (urban area) yang terhad ruang penanamannya, penggunaan ‗tree-grating‘ adalah amat digalakkan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan keselesaan pengguna.


Ruang penanaman berukuran 1.5m x 2.5m di kawasan lot meletak kereta dihadapan kawasan kedai.


Untuk tujuan pengudaraan, penggunaan ‗grasscrete‘ adalah digalakkan




Minimum 15% daripada keseluruhan kawasan tempat letak kereta perlu diperuntukan sebagai ruang landskap untuk penanaman pokok teduhan, pokok renek dan penutup bumi.


Minimum 15% daripada keseluruhan kawasan tempat letak kereta perlu diperuntukan sebagai ruang landskap untuk penanaman pokok teduhan, pokok renek dan penutup bumi.
Rumah Kedai 2m 2.5m Jalan Ruang penanaman berukuran 1.5m x 2.5m di kawasan lot meletak kereta dihadapan kawasan kedai.


Untuk tujuan pengudaraan, penggunaan ‗grasscrete‘ adalah digalakkan.
Jenis Tanaman
Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:

i. Untuk kawasan letak kereta, disyorkan penanaman dua jenis pokok utama iaitu satu jenis pokok berbunga untuk kawasan pintu masuk utama dan satu jenis lagi untuk keseluruhan kawasan.

ii. Pokok utama dari jenis berbatang lurus, berakar tunjang dan rendang. Percabangan kurang dari 3.0m dari paras tanah hendaklah dipotong.

iii. Pokok yang mempunyai dahan mudah patah, daun kerap gugur, berbuah besar, bergetah, berduri dan akar merebak adalah tidak dibenarkan.

iv. Pokok utama saiz sederhana tinggi dan berbentuk bujur atau kon adalah disyorkan untuk kawasan yang terhad.

v. Pokok renek berbunga, berdaun rimbun dan padat, disyorkan ditanam di bahagian bawah pokok utama.

vi. Pemilihan tanaman dari jenis yang memerlukan penyelenggaraan yang sederhana adalah digalakkan.

vii. Digalakkan penanaman dari jenis tanaman teduhan. Untuk memaksimumkan kesan teduhan, tanaman teduhan perlu ditanam dalam orientasi timur barat. Penanaman pokok utama bersilara lebar dan rendang sesuai ditanam di kawasan tempat letak kereta untuk memberikan kesan teduhan.

Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman sama atau pada jarak satu pokok bagi setiap tiga lot meletak kereta.

ii. Jarak penanaman perlu mengambil kira jarak tanaman yang dapat memberikan kesan teduhan yang maksimum.

iii. Untuk setiap penengah (interval) bagi 15 tempat letak kereta, perlu disediakan petak tanaman di antara lot letak kenderaan dan kawasan tanaman hendaklah sekurang-kurangnya 1m – 2m lebar.

Cadangan Tanaman
Tanaman yang dicadangkan bagi kawasan tempat letak kereta adalah :

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama

Calophyllum inophyllum Penaga laut
Bauhinia blackeana Tapak kuda
Delonix regia Semarak api
Dalbergia oliveri Tamalan
Erythrina glauca Dedap
Filicium decipiens Kiara payung
Lagerstroemia floribunda Bungor
Mesua ferrea Penaga lilin
Milletia autropurpurea Tulang daing
Pometia pinnata Kasai
Khaya senegelinsis Khaya
Polyalthia longifolia Asoka
Samanea saman Hujan-hujan
Tabebuia rosea Tekoma

Pokok Renek
Calliandra surinamensis Misai kucing
Duranta spp Duranta
Ficus gold Ara kuning
Hymenocallis littoralis Spider lily
Hibiscus rosa-sinensis Bunga raya
Ixora spp Siantan
Mussaenda spp Janda kaya
Pisonia alba Mengkudu siam

Pemanjat
Bougainvillea spp Bunga kertas
Petrea volubilis Petrea
Tristellateia australasiae Tristellatea
܀


Colophyllum inophyllum



Dalbergia oliveri



Mesua ferrea


Polyalthia Mesua ferrea longifolia

Currently have 0 comments:


Leave a Reply