Pages
Sample text
Ads 468x60px
Popular Posts
-
Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan. Keperluan Ruang i. Minimum 15% daripada keseluruha...
-
DEFINISI LANDSKAP Secara Umum Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari Sudut ...
-
Pokok Renek Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama: i. Pokok renek berbatang keras mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras sep...
-
LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE ) FUNGSI PENANAMAN i. Perlindungan daripada iklim mikro a. Perlindungan dan teduhan – silara pokok memberi pe...
-
Prinsip Pembentukan Penumpuan Prinsip penumpuan memastikan pemerhatian tertumpu kepada titik tumpuan ( focal point ) sebelum beralih ke baha...
-
PRINSIP PENANAMAN DALAM LANDSKAP Prinsip penanaman memberikan panduan untuk menghasilkan rekabentuk penanaman yang bersesuaian dengan fungsi...
-
Pengenalan Konsep Minimalis Bersih. Dramatik. Rupa rapi dan kemas. Merupakan reka bentuk landskap yang moden dan kelihatan menarik serta ber...
-
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, meng...
-
CIRI FIZIKAL TANAMAN Untuk menghasilkan reka bentuk landskap yang baik, pengetahuan terhadap ciri fizikal tanaman adalah penting untuk memas...
-
KEPENTINGAN LANDSKAP DI DALAM PEMBANGUNAN Perancangan landskap dan penyediaan kawasan lapang adalah merupakan sebahagian dari syarat-syarat ...
About Me
- limvivien
- He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)
Followers
Blogroll
Blog Archive
-
▼
2011
(36)
-
▼
November
(36)
- Make Ideals with Sketchup
- Tadao Ando (安藤 忠雄 Andō Tadao?, dilahirkan pada har...
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS (ROOF & FLOOR DESIGN)
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perku...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Lalua...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meleta...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindu...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemuda...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Tanaman Di Kaw...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Tepi ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCAGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jarak Penanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jenis Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Saiz
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Pembentukan Penumpuan
- PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dala...
- PENGENALAN LANDSKAP - Definisi dan Komponen Landskap
-
▼
November
(36)
Blogger templates
Featured Posts
Friday, November 18, 2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Laluan Kereta Api
Tumpuan kawasan laluan kereta api adalah seperti berikut:
i. Kawasan Sekitar Bangunan Stesen
ii. Kawasan Laluan Kereta api Menghampiri Stesen
iii. Kawasan Pemandangan Tidak Menarik
iv. Kawasan Laluan Keretapi di Kawasan Bandar
Nota – tanaman sedia ada perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, sementara kawasan bercerun perlu ditanam dengan penutup bumi dan rumput untuk mengawal hakisan.
Zon penanaman yang mencukupi diperlukan di kawasan rizab laluan keretapi.
Keperluan zon penanaman di kawasan rizab laluan keretapi.
Kelebaran ruang kurang daripada 2m hanya penanaman rumput dibenarkan
Keperluan Ruang
i. Keperluan ruang dibahagikan kepada 3 zon, iaitu:
a. Zon tanaman rumput – untuk keselamatan dan ruang penyelenggaraan. Ruang penyelenggaraan yang dicadangkan adalah 2m.
b. Zon tanaman pokok renek - hanya pokok renek sederhana tinggi atau rendah dibenarkan untuk ditanam
c. Zon tanaman campuran – gabungan spesis pokok utama dan pokok renek tinggi.
ii. Ruang penanaman selari dan sejajar dengan kedua bahagian sempadan perlu disediakan di sepanjang 2km laluan kereta api sebelum menghampiri stesen.
iii. Untuk kawasan pemandangan tidak menarik, ruang penampan minimum 1.5m lebar perlu di sediakan.
iv. Kotak tanaman bersaiz 1.5m lebar x 1m tinggi perlu disediakan untuk penanaman pokok renek di kawasan jejantas.
v. Ruang penanaman tidak diperlukan di kawasan yang mempunyai ciri pemandangan yang menarik.
Jenis Tanaman
Secara umumnya di zon tanaman campuran, penggunaan pokok utama hendaklah diberi keutamaan kerana ianya dapat memberi kesan yang lebih ketara dalam meningkatkan kualiti alam sekitar.
Penggunaan tanaman palma digalakkan ditanam secara berkelompok (cluster) bagi mendapat kesan teduhan yang ketara.
Pemilihan jenis tanaman adalah penting untuk tujuan keselamatan. Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:
i. Kawasan laluan menghampiri stesen – penanaman pokok
renek rendah atau sederhana tinggi untuk memudahkan
pemandangan pengguna kereta api.
ii. Kawasan pemandangan tidak menarik – pokok renek dan
pokok utama bersaiz kecil yang mempunyai daun yang padat
dan rimbun.
iii. Kawasan stesen – pokok utama berakar tunjang dan
kombinasi pokok renek danpenutup bumi yang dapat
memberikan nilai estetika dan berfungsi kepada pengunjung.
Contoh – penanaman pokok utama teduhan dan berbunga di
kawasan ruang menunggu.
iv. Spesis tanaman yang mudah diselenggarakan, terutamanya
di kawasan sepanjang laluan kereta api. Untuk pokok utama
– percabangan yang kurang dari 3m dari paras tanah
hendaklah dipotong. Tidak menggunakan pokok yang
mempunyai silara yang besar.
Penanaman di kawasan yang berhampiran stesen
perlu dari jenis tanaman renek yang menarik dan
tidak menghalang pandangan.
v. Tanaman daripada jenis dahan yang mudah patah dan menggugurkan daun dengan banyak adalah tidak digalakkan untuk ditanam di kawasan sepanjang laluan kereta api.
Jarak Penanaman
i. Kawasan sepanjang laluan keretapi menghampiri stesen – penanaman sama jarak.
ii. Untuk tujuan pengadang pemandangan – jarak penanaman dua baris setentang dan padat.
iii. Kawasan laluan kereta api di kawasan bandar jarak tanaman mengikut keperluan reka bentuk.
Cadangan Tanaman
Tanaman yang dicadangkan adalah berikut:
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama
Bauhinia blackeana Tapak kuda
Delonix regia Semarak api
Dalbergia oliveri Tamalan
Erythrina glauca Dedap
Plumeria rubra Kemboja merah
Tabebuia pentaphylla Tekoma
Palma
Chrysalidocarpus lutescens Palma kuning
Crytostachys lakka Pinang merah
Livistona chinensis Serdang cina
Licuala grandis Palma fan
Veitchia merrilli Palma manila
Pokok Renek
Coleus spp Ati-ati
Hymenocallis spp Spider lily
Heliconia spp Heliconia
Ixora spp Siantan
Monstera deliciosa Cheese plant
Mussaenda spp Janda kaya
Phillodendron selloum Philodendron
Pisonia alba Mengkudu siam
Sanseviera trifasclata Lidah mak-mertua
Scandapsus aureus Money plant
Turnera ulmifolia Turnera
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama
Cassia fistula Rajah kayu
Cinnamomum iners Kayu manis
Melia indica Mambu
Messua ferrea Penaga lilin
Mimusops elengi Tanjung
Podocarpus rumphii Cylon iron wood
Streblus aspens Kesinai
Pokok Renek (Tinggi)
Baphia nitida Baphia
Cassia biflora Bushy cassia
Caesalphina pulcherrima Jambul merak
Eugenia orellana Kelat paya
Ficus gold Ara kuning
Hibiscus rosa-sinensis Bunga raya
Heliconia spp Heliconia
Ixora javanica Siantan
Lagerstroemia indica Crepe Myrtle
Mussaenda spp Janda kaya
Pokok Renek (Rendah)
Allamanda cathartica Allamanda
Duranta gold Duranta
Ixora coccinea Siantan
Ixora sunkist Siantan
Turnera ulmifolia Turnera
Penanaman di kawasan yang berhampiran stesen
perlu dari jenis tanaman renek yang menarik dan
tidak menghalang pandangan.
Penanaman di sekitar bangunan stesen perlulah
ringkas dan menarik.
Currently have 0 comments: