Pages
Sample text
Ads 468x60px
Popular Posts
-
Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan. Keperluan Ruang i. Minimum 15% daripada keseluruha...
-
DEFINISI LANDSKAP Secara Umum Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari Sudut ...
-
Pokok Renek Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama: i. Pokok renek berbatang keras mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras sep...
-
LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE ) FUNGSI PENANAMAN i. Perlindungan daripada iklim mikro a. Perlindungan dan teduhan – silara pokok memberi pe...
-
Prinsip Pembentukan Penumpuan Prinsip penumpuan memastikan pemerhatian tertumpu kepada titik tumpuan ( focal point ) sebelum beralih ke baha...
-
PRINSIP PENANAMAN DALAM LANDSKAP Prinsip penanaman memberikan panduan untuk menghasilkan rekabentuk penanaman yang bersesuaian dengan fungsi...
-
Pengenalan Konsep Minimalis Bersih. Dramatik. Rupa rapi dan kemas. Merupakan reka bentuk landskap yang moden dan kelihatan menarik serta ber...
-
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, meng...
-
CIRI FIZIKAL TANAMAN Untuk menghasilkan reka bentuk landskap yang baik, pengetahuan terhadap ciri fizikal tanaman adalah penting untuk memas...
-
KEPENTINGAN LANDSKAP DI DALAM PEMBANGUNAN Perancangan landskap dan penyediaan kawasan lapang adalah merupakan sebahagian dari syarat-syarat ...
About Me
- limvivien
- He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)
Followers
Blogroll
Blog Archive
-
▼
2011
(36)
-
▼
November
(36)
- Make Ideals with Sketchup
- Tadao Ando (安藤 忠雄 Andō Tadao?, dilahirkan pada har...
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS (ROOF & FLOOR DESIGN)
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perku...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Lalua...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meleta...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindu...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemuda...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Tanaman Di Kaw...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Tepi ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCAGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jarak Penanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jenis Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Saiz
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Pembentukan Penumpuan
- PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dala...
- PENGENALAN LANDSKAP - Definisi dan Komponen Landskap
-
▼
November
(36)
Blogger templates
Featured Posts
Friday, November 18, 2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
Penanaman pokok utama dapat menonjolkan imej serta teduhan di kawasan bangunan awam
Penanaman palma ditanam secara berkelompok bagi mendapat kesan teduhan yang ketara.
Bangunan awam adalah merujuk kepada bangunan kompleks pejabat kerajaan, sekolah dan semua institusi yang berkaitan dengan latihan, pengajaran dan pembelajaran, masjid, bangunan keagamaan yang lain dan hospital (merangkumi kompleks hospital, pusat kesihatan masyarakat dan klinik kesihatan kecil). Rekabentuk landskap mestilah bersesuaian dengan fungsi bangunan dan dapat menonjolkan imej dan identiti bangunan.
Selain daripada nilai estetika, pemilihan tanaman perlu mengambil kira keseimbangan skala bangunan dengan persekitaran supaya berharmoni dan seimbang.
Keperluan Ruang
i. Minimum 30% daripada keseluruhan kawasan pembangunan dirizabkan sebagai kawasan hijau bagi kawasan bangunan awam baru. Keluasan kawasan hijau ini termasuk kawasan tempat letak kereta (rujuk garis panduan tempat letak kereta).
ii. Ruang penanaman perlu mengutamakan nilai estetika, kesan selamat datang, penunjuk arah dan memberikan persekitaran yang selamat dan selesa.
iii. Penumpuan pembahagian ruang bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung. Oleh itu, perlu disediakan ruang yang cukup dengan menggabungkan elemen landskap kejur dan landskap lembut dengan baik.
iv. Digalakkan penyediaan ruang khusus penanaman untuk tujuan pendidikan dan terapi kesihatan di kawasan bangunan seperti kawasan sekolah dan hospital.
v. Ruang penanaman pokok teduhan perlu disediakan di kawasan sekitar bangunan awam dan elakan penanaman pokok berkanopi besar terlalu rapat dengan bangunan
vi. Untuk kawasan pembangunan baru, ruang tanah berukuran 2m mesti dirizabkan sebagai kawasan hijau (green area) di sekeliling perimeter bangunan awam.
Garis Panduan Landskap Negara
Jenis Tanaman
Pokok teduhan hendaklah diberi keutamaan untuk mendapat kesan pengawalan suhu yang ketara dan penggunaan tanaman palma hanya bagi tujuan mendapatkan kesan ‗sense of place‘ dan berperanan sebagai dalam mewujudkan perangka bangunan (frame).
Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:
i. Tanaman yang dapat menonjolkan imej dan identiti bangunan.
ii. Ketinggian tanaman perlu seimbang dengan skala bangunan.
iii. Pokok utama berbunga menarik atau palma yang mempunyai bentuk menarik bagi kawasan pintu masuk utama atau kawasan tumpuan seperti kawasan berkumpul dan plaza.
iv. Untuk kawasan sekolah – tanaman yang dapat digunakan sebagai bahan rujukan pembelajaran dan pendidikan, selain daripada jenis pokok utama yang dapat memberikan kesan teduhan.
v. Untuk kawasan masjid dan bangunan keagamaan yang lain – tanaman yang mempunyai perkaitan dengan kepercayaan agama.
vi. Untuk kawasan hospital – tanaman yang dapat memberikan kesan kepada kesihatan seperti tanaman berbunga wangi dan herba.
Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman dengan bangunan adalah ditentukan mengikut:
a. Saiz kanopi tanaman
b. Jenis pencahayaan
c. Sistem pengakaran tanaman
ii. Jarak minimum ruang tanaman di antara pokok utama dan bangunan adalah 5m. Walau
bagaimanapun, jarak tanaman mestilah juga mengambil kira kesan reka bentuk landskap dan faktor keselaman bangunan.
iii. Selain daripada kawasan pintu masuk utama dan halaman hadapan bangunan awam, jarak penanaman yang dicadangkan adalah secara tidak sekata untuk menimbulkan persekitaran yang semula jadi.
Currently have 0 comments: