Pages

Sample text

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

About Me

My photo
He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)

Followers

Blogroll

Blog Archive

Blogger templates

Featured Posts

Friday, November 18, 2011

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa

Posted by limvivien | Friday, November 18, 2011 | Category: |

Secara umum, garis panduan penanaman kawasan desa adalah bertujuan untuk mengekalkan tanaman sedia ada. Tanaman yang mempunyai nilai sejarah, ekonomi dan kebudayaan setempat perlu dipelihara untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan, selain daripada nilai estetika, meningkatkan sumber pendapatan, mewujudkan persekitaran semula jadi yang seimbang dan juga dapat mencerminkan identiti sesebuah kawasan desa.

Keperluan Ruang
i. Keperluan ruang penanaman tertumpu kepada tiga kawasan
utama iaitu:

a. Kawasan pintu masuk utama
Ruang minimum 2m lebar untuk landskap perlu disediakan. Ruang ini berfungsi sebagai ruang penanaman dan peletakan elemen landskap kejur seperti penunjuk arah dan papan maklumat.

b. Kawasan pinggiran jalan
Keluasan minimum 1.5m lebar untuk ruang penanaman perlu disediakan.

c. Kawasan halaman rumah
Keperluan ruang bergantung kepada keperluan individu. Disyorkan supaya setiap kawasan kediaman mempunyai halaman sendiri.

ii. Untuk kawasan desa yang terhad seperti kawasan perkampungan air, penempatan orang asli dan rumah panjang penyediaan ruang penanaman di dalam kotak
tanaman, ‗pergola‘, pasu dan ‗trellis‘ adalah digalakkan.


Keperluan ruang penanaman di kawasan desa


Penanaman secara organik dapat mewujudkan suasana harmoni



Ruang penanaman yang cukup dipinggiran jalan perlu
disediakan.


Jenis Tanaman
Kriteria jenis tanaman adalah seperti berikut:
i. Pokok tanaman nadir untuk tujuan estetika, penyelidikan dan pendidikan.

ii. Pokok yang mempunyai nilai ‗ethnobotanic‘ (boleh dimakan) dan ‗edible landscape‘ mempunyai nilai perubatan.

iii. Tanaman yang dapat mengawal hakisan seperti rumput dan tanaman kekacang (leguminosae) disyorkan untuk ditanam di kawasan cerun dan berbukit.

iv. Untuk kawasan pintu masuk utama dan kawasan tumpuan – disyorkan penanaman tanaman yang berbunga dan dapat menonjolkan ciri kawasan desa.

v. Untuk kawasan hutan semula jadi, belukar dan paya bakau, tanaman asal perlu dikekalkan. Jika penanaman baru perlu dilakukan, jenis tanaman yang sama perlu ditanam semula.

Vi Tanaman di kawasan halaman rumah perlu dipilih daripada spesis tanaman yang berbunga dan mempunyai ciri tempatan.

Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman bebas adalah disyorkan supaya berharmoni dengan suasana persekitaran semula jadi di kawasan desa.

ii. Kaedah penanaman secara berkelompok adalah digalakkan

iii. Jarak tanaman perlu bersesuaian dengan rupa bentuk dan saiz silara tanaman untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.


Penonjolan imej tempatan digalakkan dalam rekabentuk landskap desa.


Penambahan komponen landskap kejur meningkatkan penggunaan ruang dan pengukuhan imej desa.



Tanaman di sekitar kawasan rumah perlu dari jenis yang mempunyai ciri tempatan.


Tanaman edible landskap digunakan untuk menonjolkan imej desa

v. Jarak tanaman perlu mengambil kira fungsi tanaman, seperti:
a. Kawasan pemandangan indah
Penanaman bertujuan sebagai ‗framing‘ dan tidak mengganggu pemandangan.
b. Kawasan pemandangan tidak menarik
Jarak penanaman rapat untuk tujuan pengadang pemandangan.
c. Kawasan pintu masuk utama
Jarak tanaman sama untuk menonjolkan identiti kawasan desa.
d. Kawasan laluan utama
Jarak penanaman sama serta berfungsi sebagai penunjuk arah.
e. Kawasan tumpuan utama
Jarak tanaman bergantung kepada kesesuaian fungsi kawasan tumpuan.
Contoh : kawasan balairaya ~ jarak tanaman sama; kawasan padang bola ~ jarak
tanaman bebas.
f. Kawasan bercerun atau berbukit
Jarak tanaman sama dan mengikut kontur topografi sedia ada.
g. Kawasan keseimbangan ekologi seperti kawasan paya
Jarak tanaman bebas adalah untuk mewujudkan kesan semula jadi.

Cadangan Tanaman
Tanaman bagi kawasan desa adalah mengikut kawasan:


Tanaman Di Kawasan Halaman Rumah
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Renek

Aloe vera Lidah buaya
Alocasia macrorhiza Keladi gajah
Asplenium nidus Bird’s nest
Bougainvillea spp Bunga kertas
Caladium spp Keladi
Codieum spp Puding
Coleus spp Ati-ati
Cordyline terminalis Jejuang/Red dracaena
Caesalpinia pulcherima Jambul merak
Dracaena fragrans Draceana
Gardenia jasminoides Bunga cina
Jasminum sambac Melur
Turnera ulmifolia Turnera

Tanaman Di Kawasan Pinggiran Jalan Rumah
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama
Cananga odorata Kenanga
Cinnamomum iners Kayu manis
Eugenia polyantha Salam
Gardenia carinata Cempaka hutan
Lagerstroemia rosea Bungor
Michelia champaca Cempaka
Mimusops elengi Tanjung
Tabebuia pentaphylla Tekoma

Palma
Borassus spp Lontar
Cocos nucifera Kelapa
Licuala grandis Palma Fan
Livistona chinensis Serdang cina
Rhapis humilis Slender lady palm

Pokok Renek

Alocasia macrorrhiza Keladi gajah
Bougainvillea spp Bunga kertas
Caesalphina pulcherrima Jambul merak
Calathea spp Calathea
Coleus spp Ati-ati
Codieum spp Puding
Duranta gold Duranta
Ixora spp Siantan
Lantana camara Tahi ayam
Mussaenda erythrophylla „Donna Luz‟ Janda kaya
Sanseviera trifasclata Lidah mak-mertua
Tabernaemontana coronaria Susun kelapa

Tanaman Di Kawasan Pintu Masuk Utama dan Kawasan Tumpuan
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Buah-buahan

Achras zapota Ciku
Artocarpus cempeden Cempedak
Artocarpus communis Sukun
Artocarpus heterophillus Nangka
Averrhoa carambola Belimbing
Baccaurea griffithii Tampoi
Cynometra cauliflora Nam-nam
Dimocarpus longan Mata kucing
Diospyros discolor Mentega
Garcinia atroviridis Asam gelugor
Garcinia nitida Kandis
Garcinia mangostana Manggis
Gnetum gnemon Melinjau
Lansium domesticum Duku langsat
Mangifera caesia Binjai
Mangifera indica Mangga
Myrtica fragrans Pala
Nephelium lappaceum Rambutan
Nephelium Mutabilis Pulasan
Psidium guava Jambu batu
Tamarindus indica Asam jaw

Pokok Renek
Bougainvillea spp Bunga kertas
Canna generalis Bunga tasbih
Codieum spp Puding
Crinum asiaticum Crinum lily
Caesalphina pulcherrima Peacock plant
Dieffenbachia spp Keladi
Pisonia alba Mengkudu siam










Aloe vera
Dracaena fragrans
Asplenium nidus
Cordyline terminalis

Currently have 0 comments:


Leave a Reply