Pages
Sample text
Ads 468x60px
Popular Posts
-
Pokok Renek Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama: i. Pokok renek berbatang keras mempunyai batang dan ranting berkayu yang keras sep...
-
Fungsi landskap di kawasan letak kereta adalah untuk memberikan teduhan selain keindahan. Keperluan Ruang i. Minimum 15% daripada keseluruha...
-
DEFINISI LANDSKAP Secara Umum Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari Sudut ...
-
Fungsi landskap di kawasan perindustrian adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek mengawal pencemaran udara dan bunyi, meng...
-
Prinsip Pembentukan Penumpuan Prinsip penumpuan memastikan pemerhatian tertumpu kepada titik tumpuan ( focal point ) sebelum beralih ke baha...
-
Jarak Penanaman Jarak tanaman bergantung kepada jenis rekabentuk dan kesesuaian kawasan sedia ada. i. Menanam pokok dengan jarak yang sama d...
-
LANDSKAP LEMBUT ( SOFTSCAPE ) FUNGSI PENANAMAN i. Perlindungan daripada iklim mikro a. Perlindungan dan teduhan – silara pokok memberi pe...
-
CIRI FIZIKAL TANAMAN Untuk menghasilkan reka bentuk landskap yang baik, pengetahuan terhadap ciri fizikal tanaman adalah penting untuk memas...
-
Pengenalan Konsep Minimalis Bersih. Dramatik. Rupa rapi dan kemas. Merupakan reka bentuk landskap yang moden dan kelihatan menarik serta ber...
-
Garis panduan ini bertujuan untuk dijadikan asas di dalam perancangan rekabentuk landskap lembut. Secara umumnya pendekatan pembangunan land...
About Me
- limvivien
- He changes time and seasons; he sets up kings and deposes them. He gives wisdom to the wise and knowlegde to the discerning. (Daniel 2:21)
Followers
Blogroll
Blog Archive
-
▼
2011
(36)
-
▼
November
(36)
- Make Ideals with Sketchup
- Tadao Ando (安藤 忠雄 Andō Tadao?, dilahirkan pada har...
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS (ROOF & FLOOR DESIGN)
- KONSEP LANDSKAP - MINIMALIS
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Perku...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Desa
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Lalua...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Kawasan Meleta...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Perindu...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Kawasan Kemuda...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Tanaman Di Kaw...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP- Bangunan Awam
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Tepi ...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCAGAN LANDSKAP - Cadangan Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jarak Penanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Jenis Tanaman
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Pingg...
- GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- JENIS TANAMAN
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Saiz
- LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
- LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Pembentukan Penumpuan
- PENGENALAN LANDSKAP - Kepentingan Landskap di dala...
- PENGENALAN LANDSKAP - Definisi dan Komponen Landskap
-
▼
November
(36)
Blogger templates
Featured Posts
Saturday, November 12, 2011
LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
Daun
Dalam senibina landskap penggunaan daun adalah berdasarkan ciri-ciri daun iaitu:
i. Daun bersaiz besar
ii. Daun bersaiz halus
iii. Daun berwarna
iv. Daun berumbai
Daun besar Pisonia alba
Daun halus Cuphea spp 
Daun berwarna Codeum spp
Bunga
Ciri-ciri bunga yang dapat memberi kesan terhadap dalam sernibina landskap dinilai berdasarkan:
i. Keindahan/keunikan
ii. Warna
iii. Bau
Iv. Saiz
Berwarna terang
Berbau wangi Plumeria ss
Keunikan
Buah
i. Boleh dimakan
ii. Keindahan / keunikan
iii. Beracun
Boleh dimakan Phyllanthus adcidus
Keunikan Salacca magnifica
Beracun Cerbera odollam
Kadar tumbesaran
Kadar tumbesaran pokok secara umumnya dapat dikategorikan sebagaimana berikut:
Jenis Tanaman Kadar Tumbesaran
Pokok Utama
i. Cepat -> 2.5m setahun
ii. Sederhana -1.5 -2.5m setahun
Iii. Lambat -Kurang dari 1.5m setahun
Pokok Renek
i. Cepat -matang kurang dari 3 tahun
ii. Sederhana -matang ; 3 -6 tahun
iii. Lambat -matang melebihi 6 tahun
Penutup Bumi
Secara umum, masa yang diambil untuk matang adalah pendek iaitu 3 bulan -1 tahun 
Cepat Bauhinia spp
Sederhana Peltophorum petrocarpum 
Lambat Lagerstromia spp
LANDSKAP LEMBUT - Ciri Fizikal Tanaman
Kepadatan silara
Tiga jenis kepadatan silara pokok iaitu:
i. Padat - sistem perdahanan adalah rapi dan kuantiti daun banyak dan lebat.
ii. Sederhana - sistem perdahanan dan kuantiti daun sederhana.
iii. Terbuka - sistem perdahanan terbuka, kuantiti daun sedikit dan bentuk percabangan yang tidak rapi.
Padat Mimusops elengi
Sederhana Cassia fistula
Terbuka Gliricidia sepium
Percabangan
Percabangan pokok terbahagi kepada 5 jenis:
i. Menegak - percabangan utama kurang daripada 45 darjah dari batang utama.
ii. Menaik - percabangan utama lebih kurang 45 darjah dari batang utama.
iii. Mendatar - percabangan utama lebih kurang 90 darjah dari batang utama.
iv. Melentur - percabangan utama kurang 45 darjah di bahagian pangkal dan melentur di bahagian hujung.
v. Menurun - percabangan utama dan berikutnya melebihi 90 darjah dari batang utama dan melentur kebawah dibahagian hujung
Menegak
Menaik 
Mendatar 
Menurun
Melentur
Friday, November 11, 2011
LANDSKAP LEMBUT - Prinsip Penanaman dalam Landskap
PRINSIP PENANAMAN DALAM LANDSKAP
Prinsip penanaman memberikan panduan untuk menghasilkan rekabentuk penanaman yang bersesuaian dengan fungsi yang dikehendaki.
Prinsip Pembentukan Ruang
Tiga ciri asas ruang yang dihasilkan oleh tanaman:
i. Ciri ‘Lantai’ - kesan ruang yang terbuka, tanpa sebarang halangan pada pandangan.
ii. Ciri ‘Dinding’ - sempadan ruang yang dihasilkan oleh kumpulan batang pokok utama yang berdaun lebat, ditanam secara rapat dan sebaris di kiri kanan laluan.
iii. Ciri ‘Lelangit’ - dibentuk oleh bahagian bawah silara pokok. Kesan lelangit‘ yang kuat dihasilkan melalui penggunaan pokok utama yang mempunyai silara yang lebar, daun lebat dan ditanam secara rapat yang menutupi pemandangan ke atas.
Jenis-jenis Ruang
Lima jenis ruang dihasilkan menerusi kombinasi ciri–ciri ruang:
i. Ruang terbuka
diwujudkan melalui penggunaan pokok renek rendah dan tanaman penutup bumi.
ii. Ruang separa terbuka
bertujuan untuk menghalang dan mengarah pemandangan. Dihasilkan melalui kombinasi pokok renek dan pokok utama tinggi yang dapat menghalang pemandangan.
iii. Ruang teduhan lelangit
membentuk teduhan melalui teknik penanaman pokok yang mempunyai silara yang rendang dan percantuman silara di antara dua pokok utama. Ruang ini juga dikenali sebagai 'kesan terowong‘.
iv. Ruang teduhan terkepung
menggunakan ciri ‗lelangit‘ dengan penambahan pokok renek yang mempunyai daun padat dan ditanam secara rapat untuk menghasilkan kesan kepungan.
v. Ruang menegak
Ruang pemandangan ke atas. Ini dihasilkan melalui penggunaan pokok utama berbentuk kon dan menegak serta mempunyai rimbunan daun yang padat yang dapat menghalang
pemandangan daripada kawasan lain.
Selain daripada itu, tanaman juga dapat membentuk ruang perbezaan dan juga menjadi penghubung di antara ruang.
Ciri dinding
Ciri lelangit
Ruang Terbuka
Ruang Separa Terbuka
Ruang Teduhan Lelangit
Ruang Teduhan Terkepung
Ruang Menegak
Pembentukan ruang yang dihasilkan daripada kesan penanaman
dan bentuk muka bumi
Kombinasi perbagai jenis tanaman menghasilkan kepelbagaian ruang
dalam satu rekabentuk landskap yang menarik.
LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
vii. Peningkatan kualiti hidup dan taraf ekonomi
Pembangunan landskap yang berkualiti merupakan asas penting sektor pelancongan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Selain daripada itu ia juga mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui peningkatan kesihatan dan sosial.
viii. Penyelidikan dan pendidikan
Pemuliharaan, pemeliharaan dan pengekalan pokok sedia ada dan mempertingkatkan kaedah
penyelidikan terhadap tanaman tempatan negara adalah penting untuk memastikan tanaman dapat dijadikan sumber warisan dan berfungsi sebagai pendidikan negara.

Kawasan rekreasi dengan landskap yang menarik serta persekitaran segar dapat meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup

LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)- Fungsi Penanaman
LANDSKAP LEMBUT (SOFTSCAPE)
FUNGSI PENANAMAN
i. Perlindungan daripada iklim mikro
a. Perlindungan dan teduhan
– silara pokok memberi perlindungan dan teduhan kepada pengguna daripada hujan dan
panas.
b. Merendahkan suhu di kawasan bandar
– penanaman pokok mengurangkan iklim mikro sesebuah bandar.
ii. Perlindungan alam sekitar
a. Mengawal kesan bunyi bising dan asap
– penanaman pokok secara padat akan bertindak sebagai zon penampan daripada bunyi
bising dan asap yang dihasilkan oleh kenderaan dan kawasan industri.
b. Pencemaran habuk
– penanaman pokok akan berfungsi sebagai penyerap dan mengawal habuk daripada
tersebar.
c. Pencemaran udara
– penanaman pokok secara padat akan dapat mengurangkan pencemaran udara secara
meluas.
d. Mengawal hakisan tanah dan tebing sungai
– penanaman di lereng bukit dan tebing sungai boleh menguatkan cerun daripada
hakisan dan runtuhan tanah serta memelihara tebing sungai.
e. Sumber oksigen
– penanaman pokok secara padat merupakan sumber oksigen untuk pernafasan disamping
penyerapan karbon dioksida.
iii. Penanda dan penunjuk arah
a. Bertindak sebagai pemisah sempadan.
b. Penunjuk persimpangan.
c. Penunjuk di kawasan selekoh.
d. Penunjuk arah tuju
iv. Penghadang
a. Mengurangkan silau cahaya matahari
– membantu pengguna jalan raya daripada menerima cahaya terus silauan matahari.
b. Mengawal silauan kenderaan dari arah berlawanan
– penanaman di pembahagi jalan akan mengurangkan silauan kenderaan yang bergerak
dari kedua-dua hala.
c. Menghadang pemandangan yang tidak menarik
– penanaman secara rapat berfungsi sebagai penghadang pemandangan di kawasan
seperti setinggan, kawasan pelupusan sampah dan kubur.
v. Ekologi dan kepelbagaian biologi
Pemeliharaan landskap semulajadi yang baik akan mengekalkan sistem
ekologi dan kepelbagaian biologi yang stabil dan dapat menyediakan
habitat kepada kehidupan liar kecil.
vi. Estetika
Ciri-ciri menarik pada tanaman memberikan kesan estetika kepada pemandangan secara keseluruhan, terutamanya di kawasan bandar.
Tanaman di sepanjang jalan dapat menjelaskan selekoh jalan kepada pemandu
Silara pokok menghalang pancaran matahari secara terus dan memberi teduhan kepada pengguna
Pemuliharaan landskap semulajadi akan mengekalkan sistem ekologi dan memberikan kehidupan kepada Flora dan fauna
Tanaman dapat mengurangkan suhu persekitaran dan memberi keselesaan kepada pengguna
Kepadatan pokok berperanan mengurangkan kesan pencemaran dan mengawal hakisan
